Senarai Buku
Tutup

Perjanjian Lama

Perjanjian Baru

Mazmur 125

A A A
Alkitab Versi Borneo

Nyanyian ziarah. 1Mereka yang menyandarkan kepercayaan kepada TUHAN seperti Bukit Sion,

yang tidak dapat diganjak dan tetap selama-lamanya.

2Sebagaimana gunung-ganang mengelilingi Yerusalem,

begitulah TUHAN mengelilingi umat-Nya dari sekarang untuk selama-lamanya.

3Kerana kezaliman tidak akan bertakhta di tanah yang diperuntukkan bagi orang yang benar, supaya orang yang benar tidak tergoda melakukan dosa.

4Buatlah kebaikan, ya TUHAN, kepada mereka yang baik,

dan kepada mereka yang tulus.

5Bagi mereka yang berpaling kepada cara yang penuh tipu daya

TUHAN akan membawa mereka pergi bersama orang yang melakukan dosa.

Sejahteralah Israel.